22 Aug 2013

Dia Pergi Dulu



Masa kita semakin suntuk. Sedang manusia masih lagi sibuk dengan urusan keduniaan mereka, kita semua telah digemparkan oleh tragedi berdarah di Mesir. Banyak benda yang membuatkan saya terfikir tentang kejadian ini.
Secara tidak langsung, setiap dari kita akan rasa sedih, kerana melihatkan saudara-saudara kita di sana menahan keperitan dibunuh oleh tentera-tentera jahiliyyah. Kalau tak rasa sedih tu tipula. Tak pon kena cek iman kita semula. Heh.

Namun, segala kesedihan itu tidak akan menjadikan penjahat As-Sisi itu menyerah kalah bukan? Kita hanya bersedih, merintih, tanpa melakukan apa-apa, hanya angin yang mampu berlalu. Eh. Jadi, saya nak share lah antara benda yang kita boleh dapat dari kejadian yang telah ditetapkan oleh Allah ini. Sebabnya, setiap kejadian di atas moka bomi ini ada ibrahnya. Mesti ada perkara yang Allah ingin kita pelajari dari setiap perkara yang telah ditetapkan olehNya. Indah bukan? Eheh.

Jom kita tengok sikit apa yang ada dalam nota cinta kita. Cey.


Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(10:107)


Sedih atau tidak, marah atau suka, nak ke tak nak, kita kena terima hakikat bahawa yang memberikan segalanya untuk kita adalah Dia. Dia yang telah menentukan segalanya. Ya, mungkin, kejadian berdarah di Mesir ini boleh dikira sebagai musibah untuk kita sebagai umat islam terutamanya. Kerana, ia begitu menyedarkan kita bahawa mungkin juga disebabkan kelalaian serta kejahilan kita, mereka diuji sebegitu rupa. Nanges. 

Kita kena yakin, bahawa isu Mesir ini sudah tertulis di sisiNya. 

Jom kita lihat lagi.


Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga.
(10:66)


Dan tidak boleh dinafikan lagi lah, apa yang ada di moka bomi nih segalanya milik Dia. Walaupon mereka ni kejam tahap gaban pon, mereka tetap milik Allah jua. Mereka ini adalah jenis manusia yang menduga-duga, mereka tidak yakin akan agama ini. Jadi, berlakulah pertumpahan darah dan kerosakan di atas moka bomi ini.

Buat para insan yang bergelar muslim, sepatutnya kita berasa jeles dengan mereka, yang mati di jalan yang diredhaiNya. Allah bayar cash usaha mereka mempertahankan agamaNya ni. Best bukan? Nanges lagi.

Mereka ni sebenarnya hanya diseksa sementara sahaja. Mungkin seminit atau dua sahaja yang mereka perlu pertahankan untuk menghadapi mati itu. Namun, kehidupan selepas mati itulah yang menjadi motivasi mereka, para mujahideen. 

Syurga.

Itulah satu perkataan yang sentiasa menjadi pegangan mereka. Syurga Allah. Sepatutnya rasa jeles itu kita terjemahkan melalui amal kita la. Ye dak? Eheh. Ye la, dah kita jeles dengan kemenangan mereka di dunia ni, sepatutnya kita juga mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat itu jua.




Namun, jika dililhat dari perspektif lain, seperti yang telah ditafsirkan dalam surah Yusuf yang menceritakan tentang keegoan Firaun dalam menentang dakwah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS. Di mana akhirnya Allah memberikan kemenangan ke atas Nabi Musa apabila tongkatnya itu memusnahkan Firaun dan bala tenteranya.

Apa-apa pon, janji Allah itu pasti akan terjadi. Ia adalah sunnatullah.

Yang hanya menjadi persoalan di sini adalah adakah kita akan menyertai kemenangan islam kelak atau hanya berpeluk tubuh di rumah sahaja tanpa berbuat apa-apa? Tepuk dada, tanya iman. Heh.

Sudah pasti, mereka ini sudah terlepas dari ujian dunia yang fana ini. Walaupon diseksa buat sementara waktu. Yang tinggal hanyalah kita. Dan usaha serta amal kita jua yang akan menjadi penentuannya.

Buat mereka yang sedang berjuang di bomi Mesir sana, ini adalah ketetapan yang terbaik buat kalian. Bagi kita, teruskan mendoakan buat mereka. Insha-Allah.

Ayat last yang akan menjadi motivasi kita yang masih tegak berdiri di atas jalanNya ni.

Jom.


Dan janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki.
(3:169)


Zassss.





No comments:

Post a Comment