5 Sept 2013

Acara Mingguan Kita!



Bismillah. Hari ini hari jumaat. Hari yang ditunggu-tunggu oleh para mukmin. Hari yang awesome! Banyak sangat amalan-amalan yang menanti kita di hari yang mulia ini. Ops. Heh.

Ok.

Jika kita lihat, pada malam jumaat, berpusu-pusu lah manusia untuk ke surau mahupon masjid yang berdekatan bagi memenuhi amalan membaca yasin. Begitulah juga saya. Pada waktu persekolahan dulu, malam jumaat lah malam yang ditunggu-ditunggu oleh semua pelajar. Kerana semuanya dapat berkumpul di surau dan bersama-sama membaca surah yasin. Bahagia rasanya.

Eh.

Namun, bila usia semakin meningkat ni, kita pula digalakkan untuk membaca surah al-kahfi juga pada hari jumaat. Banyak betol surah nak kena baca pada hari jumaat ni ye. Heh. Saya pon mula lah berfikir, apa yang kita duk baca sebelum ni hanyalah semata-mata hendak memenuhi keperluan malam jumaat ke? Atau saje-saje best baca surah yasin beramai-ramai? Berjemaah orang kata. Eheh.

Secara jelasnya bukan itulah yang kita sepatutnya lakukan kan. Bukan nak kata kita baca surah yasin malam jumaat tu salah ye. Tak salah. Baguslah kan kita baca Quran, kerna di akhirat kelak kita mengharapkan syafa'at darinya bukan? 

Tapi, yang penting adalah apa yang kita amalkan daripada bacaan itu. Kalau baca je, tapi lepas tu just letak balik di rak-rak buku, then tunggu pula untuk malam jumaat seterusnya, itu yang tidak betul. Heh. Apa yang pasti, membaca surah al-kahfi adalah sunnah rasulullah kerna ia banyak disebut di dalam hadis. Maksud saya, kelebihan membaca surah al-kahfi nih. Heh. Sebelum itu, seperti yang telah saya sebutkan tadi, apa yang penting adalah ibrah yang kita boleh dapat daripada membaca surah di dalam al-Quran, bukan hanya sekadar touch n go orang kata. Jom kita lihat apa yang Allah sebutkan di dalam surah al-kahfi untuk kita sama-sama menulusuri setiap kisah-kisah yang ada. Heh.

1. Kisah Ashabul Kahfi :
Sudah pasti apa yang terlintas di benak fikiran kita bila menyebut surah al-kahfi ini tentulah tentang pemuda yang berada di dalam gua demi menyelamatkan akidah mereka daripada kemewahan di dunia luar. Apa yang kita boleh teladani adalah membuat keputusan yang baik berasaskan akidah islamiyyah. Heh.


Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna.
(18:16)



2. Kisah Pemilik Dua Kebun :
Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia. Tolong bersedia, ini memang sentap! Heh. 


Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu.
(18:37-39)


3. Kisah Nabi Musa dan Khidir : 
Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT.


Berkata Khidir kepada Nabi Musa: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
(18:82)


4. Kisah Zulqarnain :
Antara amanah dan khianah dengan kekuasaan.


(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
(18:98)


Banyak hadis Rasulallah SAW yang menyatakan kelebihan membaca surah al-Kahfi ini. Jom kita lihat! 
Antaranya adalah yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang menghafal 10 ayat permulaan surah al-Kahfi, maka dia dilindungi dari Dajjal (fitnah dan tipu dayanya)."

Diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad dengan sanad yang lain dari Abu Darda’ bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal.”

Diriwayatkan pula oleh Imam Ahamd dari Mu’az bin Anas dari ayahnya yang mendengar Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang membaca permulaan surah al-Kahfi dan penutupnya, maka itu merupakan cahaya baginya dari hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-Kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang terpancar antara langit dan bumi.”

Daripada al-Hakim dari Abi Sa’id bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan bersinar cahaya baginya selama 2 Jumaat."

Dan daripada Ab bakar al-Baihaqi dari Abu Hasyim bahawa Rasulallah SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana  diturunkan maka ia akan menajdi cahaya baginya di hari qiamat."

Pergh! Awesome bukan? Banyak kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh Rasulullah. Hanya tinggal diri kita sendiri untuk beramal dengannya atau membiarkannya pergi berlalu ditiup angin pantai. Tersedak. Heh.


Secara totalnya, surah al-kahfi ini mengisahkan tentang iman dan tauhid seseorang muslim. Pergh skema lah pulak. Heh.Tidak mau tidak, dalam apa jua keadaan, apa yang kita buat mestilah berlandaskan syari'at Allah. Dengan itulah segala perbuatan kita akan diredhaiNya. Kita semua mengharapkan syurgaNya bukan? Sekian. Salam kahfi dan selamat beramal! Senyum.

No comments:

Post a Comment