4 Jan 2013

Kenapa saya mencipta blog ini?



Salam! Dari kecil lagi, kita dididik untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam pelajaran mahupun di dalam kehidupan kita. Setelah meningkat dewasa, UPSR, PMR, SPM, ehem dan seterusnya ana mula bertanya pada diri ini, apa lagi yang mahu ana kejar di atas muka bumi Allah ni? Matlamat makin pudar dan sering bercambah dari masa ke semasa. Sehingga lah ana menemui tujuan hidup ana yang sebenar hanya untuk menjadi hamba Allah dan juga seorang khalifah di atas muka bumi ini. Dan, sebab itu jugalah ana memenuhi hasrat di hati ini untuk mempunyai blog ana juga macam korang yang awesome ni! Semoga yang dah lama bergelut dalam dunia blog ni dapat memberi sedikit tunjuk ajar kepada ana ye. Teringin juga nak jadi hamba Allah yang cool di samping mengerjakan dakwah melalui alam maya ni kan. Huhu.

Semoga bertemu lagi sahabat-sahabat. InsyaAllah ana akan hapdet sentiasa blog ni untuk mencari secebis kebaikan untuk dikongsi bersama, insyaAllah. Wallahualam. :)

Ehem, sebelum tu ingin juga meluahkan hasrat hati untuk menjadi seorang superman muslim yang awesome, demi menjaga umat yang tersayang. Oktengsbye. :D

2 comments: