4 Jan 2013

Huruf BESAR, tulisan kecil!



Salam!  Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk meluangkan sedikit lagi masa untuk menulis entry yang ke-2. (err.. baru 2 entry hehe) Kita sekarang berada pada zaman moden, tweet ada, pehbuk pun ada, maka ramailah antara kita yang mepunyai akaun kan. Bolehla kita berkenalan di laman sosial, suka suki bergelak ketawa di antara satu sama lain, katanya untuk merpatkan ukhuwwah la kan. Uhuk2. Tapi, ada juga antara kita semua yang menggunakan kelebihan laman sosial ini untuk menanam saham-saham akhirat senang katanya berdakwah melalui twitter/pehbuk la kan. Alhamdulillah, perkara tu amatlah baik jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan twitter untuk melakukan maksiat, kan? Urglp. 


Tapi, yang menjadi persoalannya adakah kita sendiri yang senang menyebarkan kata-kata indah untuk menasihati orang lain ini sendiri menyerap erti kata-kata tersebut? Hmmm. Tepuk dada, tanyalah iman. Atau adakah kita mencipta kata-kata yang hebat itu untuk berseronok dengannya? OK sedikit kasar di situ. Apapun berlaku tetaplah teguh di jalanNya. Itu sudah menjadi tugas kita untuk menyebarkan da'wah kerana dunia kini memerlukan kita! At the same time tu muhasabah la diri balik ye. Ana juga berpesan pada tuan punya diri ni juga. Ehem. Oklah sekadar itu sahaja, semoga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Eh, sorryla kalau gambar dan tajuk di atas tidak berkaitan dengan isi yang ditulis ye. Oktengsbye!

No comments:

Post a Comment