13 Oct 2013

Tarbiyyahku Syurgaku


Izzue bangun pada pagi hari itu diiringi oleh satu beban dikepalanya. Ianya terasa amat berat, tidak seperti pagi yang sediakala, di mana dia bangun dengan senang hati.

Dilihatnya sekeliling biliknya, seakan-seakan tiada apa yang berlaku. Izzue mula berasa pelik, terasa akan sesuatu yang mengganggu fikirannya. Setelah usai solat subuh berjemaah di surau berdekatan rumahnya, terus dia keluar ke sekolahnya seperti biasa. Dia masih lagi memikirkan perihal tadi. Ketika dia sedang berjalan menuju ke sekolahnya, dilihatnya keadaan sekililing kawasan itu. Manusia bertebaran di pagi hari menuju ke destinasi masing-masing. Semuanya mempunyai destinasi dan tujuan yang berbeza.

Perkara itu terus berlegar-legar di kepalanya.

...................................


Hmm. Sebenarnya setiap insan akan merasa pelik dengan keadaan dunia kita sekarang ni. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar muslim bukan? Eheh.

Ya! Memang kita patut berasa pelik dengan dunia sekarang. Kerana apa? Kerana umat kita tengah diserang bertubi-tubi tapi kita masih syok makan ubi?

Ok.

Secara zahirnya, kita lihat dan kaji sirah Rasulullah dahulu, tugas baginda adalah mengeluarkan manusia dari kepompong jahiliyyah bukan? Ni antara ciri-ciri yang Rasulullah buang daripada kaum-kaum yang terdahulu.

  1. Kejahilan (Al Jahl).
  2. Kehinaan (Dzillah).
  3. Kemiskinan (Faqr).
  4. Perpecahan (Tanafur).
Keadaan umat Islam sekarang tidak memahami Islam itu sendiri sehingga akhirnya terjebak dalam suasana jahiliyah moden dengan kesesatan yang lebih dahsyat dan nyata sebagaimana firman Allah swt :


Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(3:164)


Jika kia lihat, maksiat berleluasa, banyak pusat-pusat hiburan didirikan dengan begitu pesat, begitu juga dengan masjid. Banyak, tapi kosong dengan manusia. Eheh. Kenapa umat islam tidak memahami agama mereka sendiri? Adakah disebabkan mereka tidak menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus? Atau salah kita yang tidak menyampaikan kepada mereka? 

Tersedak.

Eh asyik cerita pasal masalah je, mana solusinya? K.

Hakikatnya, jiwa itu perlukan pembinaan. Sama juga seperti proses pembinaan manusia. Allah ciptakan manusia secara berperingkat(tadaruj). Begitulah kita, dalam melalui proses perubahan diri, perlulah juga secara bertahap-tahap.


Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 
(91:8-10)


Hakikat jiwa tersebut menghadapi persoalan bahwa secara fitrahnya, pada diri kita terdapat kecenderungan kepada taqwa dan kecenderungan kepada dosa. Jadi, secara semulajadiya, manusia itu memang inginkan kebaikan bukan? Tidak ada yang inginkan kehidupan mereka berakhir dengan keburukan. (Tapi mat rempit tu macamana pula ye? Erk!) 

Kalau dulu kita kecik-kecik, tak tahu membaca, mak atau ayah kita menghantar kita ke sekolah membaca bukan? Samalah juga bagi jiwa-jiwa yang ingin memahami agamaNya. Kena ke sekolah jugak. Cuma sekolah yang tidak berbayar la kan. Heh. 

Tidak mahu tidak, kita perlulah menjadikan Al-quran dan sunnah sebagai pedoman hidup. Itu adalah dua sumber terbaik yang kita ada sebagai seorang muslim. Tiada yang lain.

Ceh. Berbunga la pulak. Pengsan. 

Namun, pada kenyataannya sekarang ni manusia, khususnya majoriti umat islam berada dalam keadaan yang sangat memperihatinkan, jauh dari tuntunan islam, sehingga yang kita lihat adalah bahwa umat islam itu bodoh, hina, lemah, miskin, berpecah belah dan tidak mempunyai kebanggaan terhadap islam itu sendiri.

Sungguh ironi.

Apa pilihan yang ada buat kita adalah hanya dengan berubah menjadi hambaNya yang taat. Tidak ada pilihan yang kedua. Itu pon kalau syurga yang kita impikan. InshaALLAH. 

Jadi apa pointnya di sini?

Tarbiyyah. 

Sekian.






No comments:

Post a Comment