30 Jul 2013

Dua Biji Sehari, Ye?

Intan berasa tidak sedap badan hari itu. Dia mula terasa sakit-sakit sendi, urat-urat, dan badannya terketar-ketar. Dia lemah. Tidak bermaya. 

Malam itu hanya diselubungi gelap dan suram. Suram tidak terkata. Intan keliru. Keliru akan apa yang sedang membadai dirinya.


"Mungkin ini balasan Allah terhadap dosa-dosaku yang lampau."


Ujar Intan dalam dirinya yang serba tidak berdaya itu.


"Intan, esok ikut ibu ke hospital ye? Kita jumpa doktor pakar."


Tiba-tiba suara ibunya menyapa tatkala dia sedang bertarung dengan kesakitan itu. Terasa lega. Aman bila suara ibunya menyahut seruan dirinya yang memerlukan itu. 

Keesokan harinya, Intan pergi berjumpa seorang doktor di hospital bagi merawat sakitnya itu. 


"Intan, awak kena makan pil ini dua kali sehari ye?"

"Baik doktor. Terima kasih."


Intan terus menerima nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh doktor itu tanpa soal panjang. Dia hanya mampu menerima memandangkan dia sedang dilanda kesakitan itu. 

.....................................



Err. Apa yang anda sedang merepek ni Ungkel? Eheh. Beginilah, cerita di atas ada perkaitannya dengan apa yang saya cuba sampaikan di bawah. Dan cerita tersebut tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang tengah sakit. Heh.

Sila betulkan niat dengan segera.

Iman yang solid. Iman yang terurai. Manusia itu perlu beriman dahulu, baru dia boleh beramal. Kita lihat, sekarang ramai yang tidak faham kenapa dia beramal. Kenapa dia solat, kenapa dia puasa, kenapa dia kahwen. Eheh. Tidak mahu tidak kita perlu beriman dahulu, baru kita berpuasa, kan?

Tapi, ramai je yang puasa kan. Tu bukan contoh yang seseuai. Ok. Kita lihat kan, ramai je sekarang islam, tapi kenapa masih ramai yang melakukan maksiat kepadaNya? Rasuah berleluasa. Mengumpat orang. Eh. 

Itulah kerna kita masih belum solid. Mungkin, kita beramal tanpa mengetahui apa sebab kita beramal. Sebab itu, adalah antara kita sekarang yang minum air hujan masa puasa, main bola tak tutup aurat, wechat dengan berlainan jantina. Eh? Krik krik krikk. Tapi mereka nih solat je kan.

Jadi, tidak mahu tidak, iman itu perlukan ilmu yang haq. Skema nih. Eheh. Ilmu tu mestilah datang dari tokoh yang kita perlu beriman kepadanya. Tokoh yang kita paling percaya kepadanya.

Siapakah? Jeng jeng jeng. 

Tarik nafas dalam-dalam.

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik." 
(12:108)

Ha. Tidak lain tidak bukan, itulah dia baginda rasulullah. Qudwah terbaik sepanjang zaman. Ilmu yang sahih untuk membangkitkan iman kita hanyalah ilmu dari Allah bukan? Dan ilmu itu hanyalah diwahyukan oleh Allah kepada rasul-rasulNya. 

Kita seharusnya percaya kepada rasul lebih dari kita percaya kepada doktor yang suruh kita makan ubat panadol 2 bijik sekali telan tu kan. Eheh. Sebabnya, bagindalah yang lebih arif tentang ilmu Allah ini, apa yang Allah nak dan apa yang Allah larang untuk kita lakukan.

Kalau doktor suruh makan ubat kompem kita percaya dekat dia kan. Kita makan je. Begitulah kita dengan rasul. Kita mengimani apa yang baginda bawa. Dan tak banyak soal sebab baginda yang lebih tahu tentang ilmu Allah kan?

Jadi, kita sebagai pesakit ni, eh bukan kita, Intan la kan, heh, semestinya tidak cukup sekadar mengambil ubat tanpa memakannya bukan? Kita tak akan sihat dengan hanya menyebut: 

Panadol! Panadol! Aku datang! 

Tidak cukup sekadar itu, kita perlu makan la kan baru sembuh. Heh. Tidak mahu tidak, seseorang itu perlu mengamalkan dahulu ilmu tersebut baru rasa manisnya iman. Kena amal. K.

Secara mudah, kita perlu beriman dengan apa rasulullah bawa. Eh. Mudah ke? Krikk krikk. Itulah bukti kenapa kita perlu beribadah kan. Kita kena faham kenapa kita beribadah. Kita kena faham kenapa kita berpuasa. Telan air liur.

Dan sudah semestilah kita beribadah ni hanya semata-mata untuk mendapatkan keampunanNya dan kesudahannya, dapatlah sorgaNya insha-Allah. 

Maka, semoga dapat panaskan enjin di 10 Ramadhan terakhir ini, supaya kita terus meluncur laju mengejar redhoNya. Ktengsbye!






No comments:

Post a Comment