6 Feb 2014

Mencari Jawaban Yang Pasti




'ujian' kita
Amin mula bercuti. Saat ini ditunggu-tunggu setelah berbulan-bulan lamanya. Dia merasa cukup lega kerana dapat bebas dari segala kerja, buku, nota, peperiksaan dan segala jenis macam ujian yang dia terpaksa hadapi untuk masa depan cerah yang bakal mendatang. Hari demi hari, dia menanti bilakah hari yang dikatakan 'merdeka' itu bakal menjemputnya.

Dia terus memerhatikan lagat macam manusia yang menikmati hari 'bebas' mereka. Ada yang menyorak kegirangan, ada yang terus balik tidur di atas tilam serba empuk, ada yang keluar bersama yang tersayang, ada juga yang menangis kerana tidak berupaya untuk melepasi ujian tersebut dengan jaya. 

Amin lalu berbisik di dalam hatinya,

'Adakah ini sahaja yang manusia cari selama ini? Apa pula selepas ni?'

Persoalan yang tidak akan terjawab selagi mana kita tidak cuba untuk mencari jawapannya.

Eheh.


...........................................



Post kali ni inshaAllah akan cuba untuk merungkai fitrah kita sebagai manusia. Bukan nak cerita pasal Amin dan kerjanya. Tapi percayalah, persoalan sebegitu sangat normal dalam kalangan kita yang bergelar seorang manusia. Dan juga hamba. Kita sering melihat dan memerhati gelagat serta kelakuan manusia sekeliling. Akibatnya, yang rasa best diikuti, dan yang tak best sebaliknya pula. 

Itulah fitrah manusia.

Dan sudah tentulah segala kelakuan kita atau amal itulah yang akan menentukan tempat akhir kita di akhirat sana. Kita semua kata kita nak syurga Allah, tapi amat sedikit mereka yang betul-betul beramal dengan apa yang kita basahkan di mulut. Peh ini kasar. Heh. 

Cuba tengok. 


Dan mereka berkata, "Hati kami telah tertutup". Tidak! Allah telah melaknat mereka itu kerana keingkaran mereka, tetapi sedikit sekali mereka yang beriman.
(2:88)


Tak percaya? Haa tu Allah dah cakap. Tapi apa-apa pon moga kita tergolong dalam golongan yang sedikit itu. Biiznillah.

Ok, kembali pada persoalan si Amin tadi, jika menurut kaca mata seorang islam, tidak lain dan tidak bukan manusia yang paling baik untuk diteladani adalah Rasulullah dan juga para sahabat baginda. Kerana, mereka inilah panji-panji islam yang terdahulu, yang membenarkan kita untuk menghirup udara islam di segenap pelusuk dunia, yang menjadikan kita nama Muhammad Abdul Latip bin Yusup. Eh?

Ye lah, kalau bukan mereka ni yang menjadi idola kita, siapa lagi bukan? Allah swt banyak kali menyebut agar hambaNya terus mencontohi Rasul dan sahabat baginda. Sungguh osem!


Katakanlah, "Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(29:20)

Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi.
(35:44)

Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(22:46)


berjalanlah dengan hati
Pedih. Sebenarnya terlalu banyak pengajaran yang kita sebagai manusia perlu ambil apabila berjalan atau hidup di atas muka bomi Allah ni. Tersangat banyak. Sehingga satu pon kita tak nampak. Kerana apa? Kerana bukan mata itu yang tidak mampu melihat, tetapi hati itu sudah malap dan tidak digilap. Houu.

Jom kembali pada fitrah. Ke mana? Ke arah zaman para sahabat nabi yang terdahulu. Tatkala kita mengakatakan kita tidak punyai arah tuju, percayalah bahawasanya sudah ada beribu jalan yang telah dilalui oleh mereka. Rugilah kita jika tidak belajar dan beramal dengan pengalaman diorang ni. Sumpah.

Dan tidak boleh tidak kita hanya boleh menjadikan diri kita seperti mereka melainkan kita mempelajari sirah Baginda saw. Sungguh indah aturan Allah bukan? Sweet gitu. 

Kerana, kita percaya bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia bukan? Kompemlah setiap titian sirah Nabi dan sahabat Baginda juga mempunyai makna yang tersendiri dalam setiap dari kita. Dan makna itu tidak akan dapat dicapai oleh akal manusia yang meninggi jika dia atau kita tidak berusaha untuk mencarinya.

Jom terus beramal.

Wallahua'lam.





1 comment:

  1. macamana nak tahu jalan tarbiyyah mana yang benar?

    ReplyDelete