10 Jan 2015

If'al ma tu'mar!




"Lama betul meeting kali ni kan? Dah nak pukul 1 pagi baru habis." Anas melihat jam di tangannya.

"Betul. Eh Anas, jom mamak dulu. Ana dah lama tak berborak panjang dengan enta." Syahmi melihatnya dengan penuh harapan.

"Jom, kedai biasa." Jawab Anas.

Maka berlalulah mereka berdua disertai seorang lagi rakannya. Mereka bertiga minum dan berborak panjang sehingga lewat malam. 

"Dah dekat pukul 2.30 pagi dah ni Syah." Anas sekali lagi merenung jam tangannya.

"Ye tak ye juga." Ujar Syahmi.

"Anas, macam mana enta nak balik ke rumah. Rumah jauh kan dari sini?" Balas Syahmi lagi.

"Oh, tadi datang meeting ana da naik teksi. Ingat nak jalan kaki jela, jimat." Senyum kecil Anas. 

"Bahaya kot malam-malam jalan sorang, jom sekali." 

"La tak pe la Syah ana boleh jalan sendiri. Lagipun rumah enta tak jauh dari sini." 

"Dah dah jom kita jalan sama-sama." Balas Syahmi akhirnya.

Lalu mereka berdua berjalan ke rumah Anas yang jauh dari situ manakala seorang lagi rakan mereka pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Syahmi walaupun pernah mengalami kecederaan pada lutut kanannya langsung tidak menghiraukan kesan. Dia sudah tidak boleh berbasikal apatah lagi berlari.

Mereka pergi.


..........................................................



Sifat seorang mukmin sudah pasti membangkitkan hati-hati yang sedang lena tidur. 


Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
(37:102) 


Lihatlah bagaimana sikap Nabi Ismail a.s berkata kepada ayahnya. Dia mengkatakan:

'Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu.'

Tapi Nabi Ismail a.s tidak mengatakan:

'Wahai ayah, laksanakanlah padaku apa yang diperintahkan (Allah).'

Allah...

Ucapan Nabi Ismail a.s seolah-olah menghapuskan peranan dirinya dan sekaligus menafikan kehadirannya dalam perlaksanaan perintah Allah. Dia tidak mengaku dirinya sebagai pemberani dan berjiwa pahlawan. Dia serahkan seluruh masalahnya kepada Allah dan bersedia menghadapi segala perintah.

'Insya Allah, engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar..'

Pedih. Terharu. Gembira. Tersentuh. 

Begitulah peranan seorang yang bergelar dai'e. Mereka paling hampir dengan Pencipta mereka. Mereka merasa lemah dengan pencipta mereka. Mereka rasa tidak mempunyai keutamaan diri selain dari Pencipta mereka.

Itulah al akh yang meraikan fitrah dirinya dan melunaskan keutamaan diri kepada islam. Walaupun diri lemah dan tidak punyai apa-apa, irodah dan mujahadah itulah yang menguatkan seorang al akh. 

Aku rindu. 

Aku rindu akh yang begini. 



2 comments:

  1. Asalamu alaikum thanks for sharing, very very interesting indeed.

    Do come and share some words on my latest post about 'The Meaning of Faith.' Oh and feel free to add my "I Love Islam" button to your site anyone and everyone its FREE!

    Take Care

    ReplyDelete
  2. nanti nak tunggu admin jadi ayah pula. hihi

    ReplyDelete