25 Jul 2013

Buahnya Manis



Peringatan. Sila betulkan niat anda sebelum membaca.

Bismillah.

Hari ni, saya bangun awal. Beserta dengan harapan dan tujuan, moga Jumaat kali ini penuh makna. Seperti yang kita ketahui, hari ni 17 Ramadhan 1434H, di mana 1432 tahun dahulu telah berlakunya satu perang yang penuh bersejarah dalam dunia islam kita. Perang Badar.

Ok tu sekadar iklan je. Heh.

Setelah selesai subuh dan kahfi, saya duduk termenung. Letih, penat, dan sakit memikirkan masalah umat ummat sekarang. Ceh. Kata imam Hassan al-Banna, memikirkan tentang sesuatu amal itu tidak dikira sebagai jihad di jalan Allah. Apa yang penting, kerja sama. Eh. 

Apa yang penting, amal itu sendiri la. Kalau dok pikir ja memanjang, buatnya tidak apa kehe kan. 

Kena buat baru rasa. Dush.

Jadi, terbelek lah saya ayat-ayat yang menjadi pujaan hati di buku kegemaran saya. Eh, kegemaran kita. 

Belek punya belek terpilihlah oleh saya ayat feveret ni, kalau ada masalah ukhuwwah ke, sakit hati ke, susah nak berlapang dada dengan ikhwah/akhwat lain ke, selalunya orang usha ayat ni. Tentunya semua dah tau kot. Heh.

Jom kita teruskan.

Tarik nafas panjang-panjang.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Alllah supaya kamu beroleh rahmat.
(49 : 10)

Fuh. Agaknya, ramai yang dah lalui ayat ni, di mana kalau ada sakit-sakit dan gatal-gatal tu, inilah ubatnya. Selalu sangat kita dengar usrah ni selalunya sweet-sweet bersama, ukhuwwah hingga ke sorga orang kata. Heh. 

Dan biasanya ayat ini ditujukan untuk menghubungkan kita dengan saudara-saudara kita yang lain seperti di Syria. Mesir, dan lain-lain. Namun, sebenarnya ayat ini sangat dekat dengan diri kita. Sejauh mana kita boleh mengambil pengajaran dari ayat ini itulah yang memberi nilai di sisi Allah.

Tapi sayangnya, berapa ramai sahaja di antara kita umat islam ni, yang dikatakan 'bersaudara' itu, sedar tentang apa yang Allah tekankan pada awal ayat di atas? Peh. 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu...

Tengok dan lihat.

Dan tadabbur. 

Allah dahulukan dengan "orang-orang yang beriman", bukan orang-orang yang hensem ke lawa. Eheh. Nak cakap nya nak rasa betul-betul persaudaraan sesama kita adalah dengan menjadi orang yang beriman terlebih dahulu la kan? Pergh. 

Kita selalu je, amal tak takat mana pon, keje nak ukhuwwah je. Pengsan. Tapi sebaliknya, kita perlu beriman yakni menjalankan tugas kita sebagai khalifah dan 'abid di muka bumi yang fana ini. Heh. Pokoknya, ukhuwwah itu adalah buah je yang bertunjangkan amal kita. 

Kepada sesiapa yang nak rasa buah yang manis ni, kenala beramal dulu dengan Allah dan Rasul. Barulah rasa manisnya ukhuwwah ni. K.


Manis dan lazat. Tu je ungkapan yang boleh disifatkan kepada iman itu sendiri. Dan bukan setakat dapat makan buah di dunia ni je, kita harapkan dapat makan buah-buahan yang disuapkan oleh bidadari-bidadari yang juga manis di sorga nanti. So, selamat beramal! Eheh.

Pembakar semangat buat kita. 

Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.
(46 :14)

Fuuu. Angin bertiup kencang. Sekian.

No comments:

Post a Comment