22 Jul 2013

Ramadhan Yang Hilang




Meneliti hari demi hari, saya membesar sebagai seorang yang sudahpun bergelar seorang bergelar Islam. Dari kecil, ibu dan ayah mengajar tentang solat mahupun puasa di bulan Ramadhan. Oklah kan, at least reti la solat dan puasa tu pada umur 7 tahun kalau tak silap. Setiap tahun, saya pun berpuasa la bila datangnya bulan yang dinamakan Ramadhan ni, sama seperti umat Islam yang lain. Bermulalah sesi perniagaan-perniagaan yang merancakkan, makanan dijual di sana-sini, manusia terus berlegar-legar di celah hiruk-pikuk baazar yang dibuka pada setiap petang Ramadhan itu. Dan pada malam hari pula, manusia berpusu-pusu untuk ke surau atau masjid berdekatan bagi menunaikan solat terawih mereka. Penuh khusyuk. Hensem-hensem belaka mana taknya pekena jubah yang serba putih. Pergh. Penuh surau atau masjid itu dengan jemaah. Suka. Gembira melihat umat yang sama-sama beribadah kepadaNya. Maka jadilah bulan Ramadhan ini terkenal sebagai bulan 'ibadah' untuk umat Islam kini. Makan sedap. Minum basah. Ibadah pun khusyuk. Eh.


Namun, setelah diteliti hari demi hari, detik demi detik, saya mula tertanya-tanya adakah keadaan ini hanya akan berlangsung pada bulan yang penuh barokah ini sahaja? Jeng. Mengapakan kejadian sebegini boleh berlaku? Misi diskripsi. Kita lihat pada dasarnya, kita mesti wajib harus tahu kenapa kita beribadat di bulan yang mulia ini. Semstinya, kita beribadah bukan kerana bulan yang mulia ini kan? Eh. Kof3. Kita tidak mahu tidak adalah hambaNya yang satu. Dia sahaja yang layak disembah. Kalau bulan posa je banyak ibadah tapi bulan lain hampeh, macamana dengan nilai amalan kita di-sisiNya? Pergh. Jika dilihat pada zaman sahabat dulu, mereka beribadat secara KONSISTEN. Itu harga yang mahal di sisi Allah. Ramadhan mereka dijadikan latihan untuk memperkemaskan lagi hubungan mereka dengan Allah. 


Jadi, nak ke tak nak, tak kan kita nak jadi manusia yang memperhambakan diri kepada Ramadhan? Of kos la kita nak jadi hambaNya yang ohsem, bukan? Ayuh kita jadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang lama telah kita tinggalkan dahulu, yang dirindui sentiasa, yang palin penting, yang diredhaiNya. Mohon agar Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu. 


Sekian. Ktengsbye.

No comments:

Post a Comment