18 Dec 2014

Ebola Dan Da'ie



Pada awal tahun 2014, dunia telah dikejutkan dengan siri penyakit berjangkit bernama Ebola. Bermula di Guinea dan seterusnya merebak ke serata dunia. Setakat ini Ebola telah mengakibatkan hampir 18, 757 kes dilaporkan dan 7, 347 darinya membawa maut. Fenomina ini tidak lain memperingatkan kita kembali tentang zaman age of pestilence and famine pada awal kurun ke 19. Di sini nyata manusia ramai antaranya yang dijangkiti penyakit berjangkit seterusnya mengakibatkan kematian yang besar disebabkan kemunduran sosiologi pada waktu tersebut. Pada ketika ini keadaan sekililing menjadi punca utama kepada punca penyakit berjangkit terjadi. Antaranya disebabkan sumber air yang tidak bersih, makanan yang tidak sihat, taraf pendidikan rendah dan sebagainya. Sehinggalah taraf kehidupan mereka mulai meningkat, kadar kematian daripada penyakit berjangkit mulai berkurang dari hari ke hari. Disangkakan, penyakit berjangkit kini sudah tidak signifikan lagi. Tapi sebaliknya, penyakit berjangkit dalam bentuk Ebola muncul kembali!


..................................


Bicaranya bukanlah mengenai epidemiology of ebola pada entri ni, namun sedikit apa yang boleh ditadabburkan mengenai kejadian yang meragut banyak nyawa dalam kalangan kita pada hari ini. Pernahkah kita terfikir kenapa terjadinya kejadian ni buat kali ke duanya? Sedangkan pada dahulunya penyakit berjangkit ini sudah hampir lenyap ditelan zaman. Tapi sekarang ia mengganas kembali. Persoalannya, salah siapa?  

'Eh salah kerajaan la tak jalankan health prevention akhi. Kenapa ana pula terlibat dengan krisis ebola ni? Limaza? Limaza?'

Erk. 

Wahai saudaraku, semoga kita sentiasa berada di bawah naungan taqwa dan jangan sesekali mengimpikan ingin berada di luar kalungan iman. 


Dalam sebuah hadis Anas atau al-Hasan : Nabi bersabda:  

Sesiapa menlawat orang sakit hari ini, mengiringi jenazah, diberi taufiq berpuasa pada hari ini, maka wajiblah syurga baginya.

Kata al-Hasan, Nabi besabda kepada sahabat2nya: Siapa antara kamu melawat orang sakit hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabdanya: Siapa antara kamu bersedekah sedikit hartanya pada hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabdanya: Siapa antara kamu mengiringi jenazah hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabdanya: Siapa antara kamu berpuasa hari ini? Kata Abu Bakar: Saya.
Sabda Nabi SAW: Ia (amalan2 itu) mewajibkannya (yakni syurga).-
Musannaf Abdul Razzaq (no: 6765) 

Bukanlah penekanan saya pada betapa perlunya kita menziarahi mangsa ebola. Namun sahabatku, mari kita renungkan dalam-dalam, sudah berapa banyak amalan yang kita buat? Dan berapa kerat amal itu mampu menjadi asbab kepada ganjaran syurga yang kita impikan? Renung akhi, renunglah. Dengan renungan itu ummah pasti tertawa! Satu masalah yang sangat berbahaya dari penyakit ebola adalah apabila kita merasakan cukup dengan amalan kita seharian. Jadilah seperti Abu Bakar dalam beribadah, jadilah seperti Ummar yang suatu ketika berkata kepada sahabat-sahabat yang lain ;

'Apakah yang kamu akan katakan pada hari esok(kiamat)?'

Jelas menandakan sebenarnya amalan kita ini masih jauh tidak mencukupi wahai ikhwah. Bangunlah, dan berikanlah peringatan. 


Dan adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan demi perumpamaan.
(13:17)

Jadilah kita seperti buih yang kekal itu, ikhwah. Impikanlah. Ini terus mengingatkan saya tentang kisah Umar bin Abdul Aziz yang pada suatu malam didatangi oleh puteranya ketika sedang berkerja di bilik istananya. Dia berkata:


'Urusan kerajaan atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?'

'Urusan keluarga, ayahanda.'

Tiba-tiba Umar memadamkan lampu di mejanya. Puteranya berasa hairan lantas bertanya:

'Kenapa ayah padamkan lamppu itu?'

'Benar kata engkau wahai anakku, tetapi engkau harus ingat lampu ini kepunyaan kerajaan Umayyah. Minyak yang digunakan itu dibeli menggunakan wang kerajaan Umayyah.'

Kata-kata itu lahir dari mulut seorang pemimpin yang sangat sensitif dengan tindak tanduk amalnya. Jangan sesekali disebabkan kelalaian kita, umat binasa. Saudaraku sekalian, semoga Allah menempatkan kita dalam golongan yang beriman, sepertimana golongan-golongan yang terdahulu. Berlakulah adil dan sensitif dengan amal masing-masing, agar Allah memberikan kemenangan yang dekat. 

Seterusnya ebola tidak akan berulang lagi.

Fasabbih wastaghfir!



No comments:

Post a Comment