5 Mar 2013

Halawatul Iman



Hadis ini mesti sudah meniti di bibir-bibir umat islam. Namun, jika ditelitikan dan hanya dibaca dengan sepintas lalu, hadis ini hanya terkesan di bibir sahaja. Kenapa perlunya jadi begini? Argh, tension tension tension! Sebenarnya, hadis ini memang ditujukan kepada manusia yang mempunyai hati. Eh, ada ke manusia yang tidak ada hati? Krik krik krik. Tidak sempurna iman kita jika tidak mencintai saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Ok, memang selalu kita dengar kan. Mengapa kita suka seseorang tu? Sebab bola? Or sebab dia hensem dan lawa? Dush! Kita sepatutnya menyayangi dia kerana Allah! Baru rasa halawatul iman itu sendiri. Dalam dunia ini, sebenarnya, ada putih dan hitam sahaja. Kalau kita pilih islam yakni Allah dan Rasul, maka pilihlah secara total. Tidak ada kompromi dalam islam. Ok?

Jadi, nak atau tidak, perjalanan kita menuju syurga Allah bukan lah satu perjalanan yang senang. Namun, nak ke tak nak, itulah matlamat kita yang abadi. Bangkitlah sekarang, bangunlah dari lena yang panjang. Kalaulah tiada kemanisan iman itu sendiri, bagaimana dengan amal? Tanda manisnya iman adalah apabila dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat untuk dirinya. Ok, sila terasa. Ktengsbye.




2 comments: