24 Jul 2013

Misi Dan Visi



"Kau join usrah ni apa yang kau dapat eh?"


Terkejut Aqwa. Tersedar dari lamunannya yang panjang ketika mereka bersantai di tepi padang seusai beriadah bersama. Aqwa dan Salman itu merupakan sahabat karib sejak sekolah rendah lagi sudah 
bersama-sama meniliti arus kehidupan.


"Hmmm. Kenapa kau bertanya begitu rupa?"


"Aqwa bertanya dikala dia membuka kasut bolanya."


"Entahla. Aku nampak macam best je duduk bulat-bulat macamtu baca quran reramai. Tak gitu?"


Salman penuh dengan tanda tanya. Tanpa berfikiran lebih panjang akibat letih, terus menjawab.


"Ya la kot. Usrah ni macam family la, boleh kongsi masalah bersama, ukhuwwah orang kata." 

"Oh, eh, okla, jom gerak. Dah nak maghrib ni. Kang lewat pula kau nak azan."

"Ok, jom."


Aqwa sudah bergiat dalam usrah baru sebulan bersama seniornya di universiti. Mereka pun bersurai dari tempat itu menuju ke rumah. Sungguh rapat mereka berdua. Umpama gula dan garam. Eh. Maka begitulah al-kisah dua al-sahabat ini.


.........................................




Jika kita lihat, begitulah persepsi diskripsi masyarakat umum tentang apa itu usrah. Bulat. Gembira. Comel. Eh. Bila mana ditanya apa yang best pasal usrah ni, ramai yang akan menjawab best sebab dapat berukhuwwah, yelah dapat makan bersama-sama kan. Lagi-lagi dapat ayam free pulak dari murobbi. Pergh. Puasa. Tapi hakikatnya, usrah bukan sekadar itu, bukan setakat best bertilawah bersama-sama, baca dengan penuh khusyuk, sampai banjir dengan air mata. Ok lebih-lebih. 

Sebenarnya, bulatan kecik yang penuh gembira itu mempunyai satu visi dan misi yang amat jelas terang lagi nyata. Eheh. Kita sebenarnya mendokong apa yang Rasulullah buat pada zaman dahulu. Kan? Kita juga mempunyai cita-cita yang sama dan serupa. 

Ketahuilah, tidak lahir sahabat-sahabat seperti Umar dan Abu Bakar itu tanpa usrah. Eheh. Tarbiyyah itu mungkin lebih tepat. Mereka jadi super-ohsem disebabkan sentuhan-sentuhan rasulullah yang begitu hebat.

Manakan tidaknya, sehinggakan mereka mampu mempergadaikan nyawa mereka semata-mata untuk agama Allah. Sedarlah, bahawa misi dan visi sesebuah bulatan gembira ini bukan hanya untuk berukhuwwah semata-mata. Memang tugas ini sukar, kerana itulah sorga itu manis. Eheh.

Tidak mahu tidak, usrah inilah yang dijadikan satu medan amal yang paling muntij untuk membantu agamaNya. Jadi, bangkitlah kepada mereka yang merasakan ini hanyalah satu grup yang membincangkan tentang artikel-artikel semasa, tentang kebersihan tandas dalam kawasan masjid, bagaimana untuk mendapatkan wudhuk yang paling sempurna. Eh.

Jadi, luaskan pandangan anda wahai sahabat. Kita di bawah satu ummah. Kita memegang panji ummah. Usrah bukan sekadar duduk-duduk sembang sahaja. Usrah itu membuahkan amal. Pergh. Moga bermanfaat. Ktengsbye.


2 comments:

  1. Sometimes rasa berat kaki nak melangkah kebulatan.lagi2 bila futur.betul lah,iman yang menggerakkan amal.isk !

    ReplyDelete
  2. jangan biarkan futur menguasai diri! heh

    ReplyDelete